Masa kecil, semua berkata dan berjanji,apabila kita besar nanti akan menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Senang cerita hukum alam. Tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Terbukti atau tidak, tunggu sahaja bila anak kecil sudah besar nanti.
Orang tua2 ada berkata, seorang ibu boleh menjaga 9orang anak dan seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.Dulu I rasa kenapa orang tua- tua nak kata macam ni. Dan sekarang bila I dah besar, dan I rasa ada betulnya. Tetapi..
Ibu kepada 9 orang anak, maknanya ibu itu sangat kuat dan tabah. Dia berjaya mengandungkan dan melahirkan 9 orang anak. 9 kali bertarung nyawa dan akhirnya selamat. Ibarat 9 kali Tsunami datang, 9 kali terselamat.Tak payah nak campur lagi dengan menjaga anak-anak yang 9 orang 9 perangai. Ibu kepada 9 orang anak memang kuat la.
Apabila si Ibu kepada 9 orang anak ni tua dan jatuh sakit. Pe'elnya sama lah dengan seorang yang ada 9 perangai. sebab itulah, kadang2 9 orang anak tidak mampu nak menjaga seorang ibu kepada 9 orang anak. Mungkin anak-anak lembik tidak tahan stress agaknya, mungkin tidak sekuat ibu kepada 9 orang anak.
I pula sekarang, adalah yang dahulunya di masa kecil,berkata dan berjanji akan menjaga ibu bapa yang sudah tua,apabila I sudah besar. dan I sekarang menjaga ibu kepada 9 orang anak. dan I mengakui, ianya sangat sukar.
Tak apa,kerja amal. rezeki senang masuk.
2 comments:
Allah nampak ape yang ko buat kay.
kalo bukan skarang, esok lusa rezki ko melimpah luah.
hanya perlu banyak bersabar.
Post a Comment