25.3.25

UMRAH JOURNEY 2025



 I sepatutnya pergi umrah on 2022. masa tu dah cantik. I ade duit sikit.tapi maybe tak dapat jemputan daripada Allah lagi time tu. so tak jadi pergi dan duit pon habis. (heyy ofcourselah duit habis. duit manalah tak habis) hehehe. and i blacklist luar negara lagi. if  i pergi ni, i memerlukan satu jumlah wang banyak.

I pun sedih sampai I cakap dengan Allah ,Am I not good enough? sampailah Allah jawab thru ilham . like “Kartika, selama ni mu bermusafir, mu banyak duit ke. sampai masa mu gi umrah. mu akan pergi”

  A ‘ah lah, i tak pernah simpan duit for any vacation. semua fully sponsored, bawak duit poket je”. Yeah it is always good to be me

So aku selalu berdoa Ya Allah murahkanlah rezeki, dekat orang yang Mu hantar untuk ajak aku for umrah till last year bulan Ogos, aku terlintaas " Ya Allah, kalau aku tak gi umrah dalam usia gini, gane? andddd tiba tiba kakak call 

"Hey u nak gi umrah tak on february 2025 ( birthday month pulak, betul2 hadiah from the Yang Maha Esa" I was like, Allah jawab dah ke doa aku " and I replied to kakak, hello takkanlah taknak gi. 

and i wish i go to umrah before 40 ( am i going to be 40?) hahahah so funny. 

Paid amount of money tu unblacklist my name. Checked 

kursus umrah amali dan tasawuf . checked

So Alhamdulillah walaupun perjalanan ada masam masam manis (mutawif tak membantu, beratur panjang untuk checked in bag,45 minutes before boarding baru settle checked in bag, flight sempit, and i was last day on my period!(sipi2))  akhirnya i sampai ke Tanah Haram. Allahu Akbar. Alhamdulillah.

I masuk Mekah dulu and ofcourse I kena buat umrah dulu, Thus this is my first umrah ,so ianya adalah umrah wajib. 

Masa I pergi adalah waktu peak. Nak masuk ramadhan, still dalam musim sejuk. I performed umrah pukul 4 pagi .

Masa at my very first time masuk masjid, thru King Abdul Aziz gate (masa tu i tak notis pun gate tu, dah berdebar kan. berdebar nak jumpa Kaabah weh). 

Masa first time tengok Kaabah. I was so malu. macam kita blind date. bila jumpa dia tersangat tersergam indah, magis, majestic, magnificient dan I hanyalah kain buruk . haaa macam tu perumpamaan dia. and that majestic thing look at  me with love and welcoming. First time tawaf kaabah, i malu, i tengok jeling2 masa tawaf, sampailah i settled tawaf. i tak tengok pun kaabah balik. I malu. 

Masa I pergi umrah kan waktu peaked season. Jemaah memang ramai and I memang dah terputus dengan jemaah I . memang ramai sampai, I tak payah jalan pun, jemaah yang tolong tolak. Settled tawaf Alhamdulillah. 

Time Saei, kakak I pun tak tahu kat mana dah. So I decided untuk performed saei sorang la. Tiba2 ade jemaah yang datang sekali out of nowhere, genggam tangan I, dia kata jom Saei sama2. Dia memang tak lepas tangan i . It is our love language masa tu. I tak tahu  dapat tenaga dari mana. Memang rahsia Tuhan, we ran weh masa saei. It was so smooth. like did I did that? Done. That’s was very first umrah. Dah dapat tittle Hajjah kecil. Alhamdulillah. AllahuAkbar!  and lepas umrah tu, jemaah yang genggam tangan I , kiteorang tak rapat pon after that ! hahaha

Okay cerita pasal Kaabah. so lepas je umrah. I memang flat. so I tidur. So dekat zuhur I baru nak masuk masjid. dan I tercari pintu yang straight nampak kaabah semalam. TAPI I TAK JUMPA WEH. I TAK JUMPA KAAABAH WEH. Rasa rinduuu nak tengok KAABAH. pasal pintu tu semalam dekat je. Ni aku rasa kes semalam tak appreciated Kaabah. So Kaabah dah merajuk. Cari dari zuhur sampailah asar. TAK JUMPA PINTU KING ABDUL AZIZ TU!

sampailah maghrib. I lambat nak turun masjid, so I terpaksa solat dekat dataran je. And magical was happen. I solat betul2 depan pintu yang masuk semalam. and it is just in front of me yang dari Zohor hingga Asar  I cari tadi. I saw Kaabah like it was teasing to me. Like orang dah tunggu dia lamaaaaaaa. Tapi dia buat tak tahu je. Padahal , Kaabah tak tahu yang kita berdebar tengok dia pasal dia lawaaa sangat.

I performed umrah twice, and did few jugaklah gor tawaf sunat alone. Memang seronok. I banyak alone dekat sana. Pasal kakak I pun buat hal masing2. Memang tenang. tenang tu tak dapat dekat mana2. Tenang yang dirindui. Tengok kaabah tu rasa tenang. Ade lah few things happen tapi I simpan untuk diri sendiri. 

Alhamdulillah I dapat roomate yang sangat baik. Ateyn Manoban. Yes, dia Blink Lisa Blackpink. kalau pergi sightseeing dekat sana, kiteorang akan pergi sama2. Pasal dia pandai ambil gambar.

Alhamdulillah , tak ada masalah roomates, tak ada masalah bilik, hotel dekat ( walking only 5 minutes to masjid, memang Allah Maha Penyayang, I love you Allah, jemputlah lagi).

done umrah first at 39.


The langit after done the first umrah.

selfie with the clock tower.

Masa ni lah lepas cari kaabah dari zuhur ke asar. padahal depan mata je.

king abdul aziz. masuk terus nampak the Holy Kaabah

at the dataran burung merpati.
 
my Ateyn Manoban

at the rooftop

Masa ni tawaf sunat sorang. and tengah healing kejap.


roti canai mekah



the nasi. Sangat sedap mashaAllah.

the tea makcik

nantilah uplod lagi. and next cerita Madinah pulak

No comments: